Thursday 10 September 2015

Kopi Menyihatkan?

Assalamualaikum w.b.t

Siapa peminat kopi kat sini?? Angkat tangan cepat,hehehe. Ok hari ini nuyu nak cerita pasal asal usul dan kebaikan kopi ni. Kopi bukan sahaja sedap diminum, malah menjadi satu minuman kegemaran sesetengah individu.

Era penemuan biji kopi dimulai sekitar tahun 800 SM. Pada saat itu, banyak orang di Benua Afrika, terutama bangsa Etiopia, yang mengamalkan biji kopi yang dicampurkan dengan lemak haiwan dan anggur untuk memenuhi keperluan protein dan energi tubuh. Penemuan kopi sendiri terjadi secara tidak sengaja ketika seorang penggembala kambing mengamati kawanan kambing gembalaannya yang tetap terjaga bahkan setelah matahari terbenam setelah memakan sejenis beri-berian. Sang gembala pun melihat kambingnya selalu melompat-lompat setiap kali ia memakan biji-bijian dari suatu tanaman yang kelak dinamakan kopi.

Itulah sedikit info pasal asal usul kopi ini. Jom kita lihat kebaikan kopi pula.

1. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

2. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari

3. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

4. Nutrisi Penting dalam Kopi
Kopi lebih dari sekadar air berwarna hitam kerana terkandung banyak nutrisi di dalam biji kopi, seperti: Riboflavin (Vitamin B2), Asam pantotenat (vitamin B5), Mangan dan Kalium, Magnesium dan Niacin (B3)

P/s kepada peminum tegar kopi tapi anda juga pengamal atau ingin mengambil suppliment seperti vitamin c, anda digalakkan menjarakkan masa pengambilan kopi dan vitamin c. Ingin tahu lebih lanjut cara pengambilannya? Hubungi no. tertera dibawah :)

Your trusted SID
Nuyu syiddah
0194497129

No comments:

Post a Comment